Wednesday, 3 September 2014

Diari #3

Tiba je aku merajinkan diri buka twitter yang dah 3 tahun setengah tak buka sebab twitter tu dah rosak. Tetiba je unfollow orang. Waktu tu saya still blur tak reti nak deactive kan twitter. FB je reti. Tadi baru je deactive. Jumpa tweet cousin. Minggu lepas, kakak dia kahwin. Tapi aku tak pergi nikah kakak dia, pergi sanding belah lelaki dengan perempuan je. Okla. Aku jumpa gambar dia kat twitter dengan caption dia 
"Fvck cazen at mummy's side"
Terdiam aku baca. Tak tahu kenapa tiba-tiba cakap kat f*ck. Apa salah kami tak tau la? Nak kata kami tak buat kerja waktu sanding belah kakak dia, kami tolong sikit-sikit. Sejam sebelum pengantin sampai, kami dah takde kerja. Kenapa perlu cakap ayat yang tersangatlah murni wahai cousin? Apa salah kami? Datang lewat? Mengelat? Kau kena faham, nikah tu hari Jumaat. Parents kerja. Kita ni balik sekolah kenalah jugak siapkan baju, gosok baju, buat kerja sekolah siap-siap. Korang boleh la, Jumaat cuti. Fahamlah kitorang yg duduk kat KL, kat Melaka. Kami sanggup gerak waktu hari Jumaat petang tu jugaklah. Sampai pun nak dekat pukul 1 pagi. Kami SANGGUP  tahu tak? Yang aku ni, ada tuisyen malam tu pukul 8 sampai 9, sanggup tangguhkan. Dahlah parents kena menghadap jem. Tau tak? Semata-mata nak dapat abang sedara baru. Semata-mata. Faham kami. Yang duduk di KL, Melaka dan lain-lain. 

TQ DEAR COUSIN!

Macam biasa, ni aku reka je. TQ :)

Tuesday, 2 September 2014

20 facts about me tag!!❤

20 facts about me tag!!❤


  1. Pemalas
  2. Hari-hari dengar lagu
  3. Gila orangnya
  4. Tak sempurna
  5. Orang yang rapat panggil saya "D" or "Dian" or "Mel"
  6. Cepat merajuk 
  7. Takkan lupa orang yang pernah hadir dalam hidup saya walaupun pelupa
  8. Annoying
  9. Cepat jeles walaupun dengan benda kecil
  10. Suka makan banyak-banyak
  11. Tapi bendi jadi GEMUK
  12. Skintone saya tak putih tak gelap, tengah-tengah
  13. 157cm 
  14. 39kg 
  15. Benci orang yang merokok
  16. Tak suka kucing
  17. Tak suka kawan dengan orang yang mintak perhatian
  18. Tak suka kawan dengan orang yang show-off
  19. Mix Malay + Thailand 
  20. Suka romantic movies 


And so, don't judge a book by its cover. I can't be perfect. Muslim. < extra facts about me. Ayah orang Kedah. Arwah atok ada campur Thailand. So, saya pun ada campur Thai. Assalammualaikum. :) 

TAGS !!!!
#sukasuka #lifemustgoon #brokenenglish #lovetospeaking #20factsaboutme

Wednesday, 27 August 2014

Kisah Hati ❤ - Diari #2 #moralofthestory

Throwback, 20th August 2014
"Harini ada PJ kat sekolah. Aku memang tak aktif dalam sukan. Maksud, tak boleh lari laju, kalau aku lari je, kawan-kawan gelakkan. Kalau ada road-run kat sekolah pun, aku, dengan best friend aku, jalan. Sebab dia pun macam aku. Just, dia pandai and aku kurang pandai. So cerita dia macam ni. Pagi Rabu, 20 Ogos 2014, ada PJ. Aku memang mengharapkan pagi ni hujan. Tapi nampaknya, hujan pukul 6. Pukul 6:30 macam tu, dah tak hujan. Gerak pergi sekolah, mengharapkan pagi tu hari yang bahagia dari semalamnya. Berkumpul di dewan sekolah, kemudian cikgu PJ panggil untuk ke padang sekolah. Cikgu cakap buat senaman dulu, aku barisan ke dua perempuan. Ada 7 orang dalam barisan waktu buat senaman. Cikgu kata buat yang macam pusing pinggang tu. Apa tah namanya? Cikgu kata aku dengan belakang aku 4 orang tak buat. Best friend aku kat depan. Cikgu kata yang belakang sekali kira. Aku pelik. Tapi waktu budak belakang aku buat tu aku tak buat. Cikgu pandang aku, "Dian! Buatlah!" aku gigil-gigil tapi tak buat. Dah tak ada masa, cikgu suruh buat barisan nak main bola tu. Bola tampar tak silap. Tapi aku tak main. Yang lain main. Dalam masa-masa tengah dorang main dan aku asyik duduk tepi, berdiri, tiba-tiba, aku rasa macam ada bola hampiri aku. Aku tak sempat gerak, bola dah macam tampar aku. Sakit gila. Lepas tu aku macam mabuk gerak sikit je sebab rasa diri tak seimbang, macam nak tumbang. Kawan-kawan aku datang menghampiri aku dan cakap "Dian.. Kau ok ke?" tak sangka aku, dalam jahat-jahat dorang tu, ada juga caring dia.Ya Allah, aku bersyukur dapat kenal dengan dorang.. Dorang bagitahu cikgu, tapi cikgu mungkin tak perasan. Menangislah aku sepanjang sakit tu rasa. Lepas pergi tandas, rasa macam ok. Pergi dewan tengok, beg dah tak ada. Dorang cakap kawan aku yang aku tak berapa suka bawakan. Ya Allah, aku banyak buruk sangka dengan dia.. Pergi kelas, menangis 5 minit macam tu la. Lepas tu ok sikit. Tapi masih pening-pening. Nak jawab soalan latihan yang cikgu bagi pun tak larat nak fikir. Ada la juga tanya kawan soalan tu macam mana. Macam tak boleh fikir. Bukan mengada, tapi memang dah terjadi, nak buat macam mana kan? Hm, sakitnya hanya Allah je yang tahu. Sampai ke malam pening kepala sebab tu. Ya Allah.."

Moral of the story is :
a) Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya
b) Tak semestinya kawan yang kita tak suka tu jahat sentiasa
c) Kita semua tak sempurna


Itu je lah yang dapat aku ceritakan. Ni rekaan semata-mata ya. :)


                              

Thursday, 7 August 2014

first time

actually, ni blog dian yang lagi satu. ni dian akan ceritakan tentang kisah hidup yg dian lalui selama ini. ada kaitan dengan cinta sebab tu lah nama blog kisah hati. assalamualaikum :)