Throwback, 20th August 2014
"Harini ada PJ kat sekolah. Aku memang tak aktif dalam sukan. Maksud, tak boleh lari laju, kalau aku lari je, kawan-kawan gelakkan. Kalau ada road-run kat sekolah pun, aku, dengan best friend aku, jalan. Sebab dia pun macam aku. Just, dia pandai and aku kurang pandai. So cerita dia macam ni. Pagi Rabu, 20 Ogos 2014, ada PJ. Aku memang mengharapkan pagi ni hujan. Tapi nampaknya, hujan pukul 6. Pukul 6:30 macam tu, dah tak hujan. Gerak pergi sekolah, mengharapkan pagi tu hari yang bahagia dari semalamnya. Berkumpul di dewan sekolah, kemudian cikgu PJ panggil untuk ke padang sekolah. Cikgu cakap buat senaman dulu, aku barisan ke dua perempuan. Ada 7 orang dalam barisan waktu buat senaman. Cikgu kata buat yang macam pusing pinggang tu. Apa tah namanya? Cikgu kata aku dengan belakang aku 4 orang tak buat. Best friend aku kat depan. Cikgu kata yang belakang sekali kira. Aku pelik. Tapi waktu budak belakang aku buat tu aku tak buat. Cikgu pandang aku, "Dian! Buatlah!" aku gigil-gigil tapi tak buat. Dah tak ada masa, cikgu suruh buat barisan nak main bola tu. Bola tampar tak silap. Tapi aku tak main. Yang lain main. Dalam masa-masa tengah dorang main dan aku asyik duduk tepi, berdiri, tiba-tiba, aku rasa macam ada bola hampiri aku. Aku tak sempat gerak, bola dah macam tampar aku. Sakit gila. Lepas tu aku macam mabuk gerak sikit je sebab rasa diri tak seimbang, macam nak tumbang. Kawan-kawan aku datang menghampiri aku dan cakap "Dian.. Kau ok ke?" tak sangka aku, dalam jahat-jahat dorang tu, ada juga caring dia.Ya Allah, aku bersyukur dapat kenal dengan dorang.. Dorang bagitahu cikgu, tapi cikgu mungkin tak perasan. Menangislah aku sepanjang sakit tu rasa. Lepas pergi tandas, rasa macam ok. Pergi dewan tengok, beg dah tak ada. Dorang cakap kawan aku yang aku tak berapa suka bawakan. Ya Allah, aku banyak buruk sangka dengan dia.. Pergi kelas, menangis 5 minit macam tu la. Lepas tu ok sikit. Tapi masih pening-pening. Nak jawab soalan latihan yang cikgu bagi pun tak larat nak fikir. Ada la juga tanya kawan soalan tu macam mana. Macam tak boleh fikir. Bukan mengada, tapi memang dah terjadi, nak buat macam mana kan? Hm, sakitnya hanya Allah je yang tahu. Sampai ke malam pening kepala sebab tu. Ya Allah.."
Moral of the story is :
a) Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya
b) Tak semestinya kawan yang kita tak suka tu jahat sentiasa
c) Kita semua tak sempurna
Itu je lah yang dapat aku ceritakan. Ni rekaan semata-mata ya. :)